uri ilgi

Stories I would like to share

3 weddings in 1 morning

on June 2, 2008

Apa kena mengena gambar di atas ngan title entry saya kali ini?? Tiada sebarang kait mengait ngan title :p.. tapi gambar ni ade kait mengait ngan ektibiti saya pada wiken yang lepas :p.
Apa ektibiti saya pada wiken yang lepas?? Saya sudah mengambil cuti pada hari jumaat lepas dan pergi ke perak (tempat di mana ku pernah menginap selama 15 tahun hayat ku :p)…

Kenapa saya ke sana?? sebab ade wedding. Boleh dikatakan kenalan rapat keluarga lah.. bayangkan bila anda sudah menetap di satu tempat lebih dr 10 tahun… sudah tentu kenalan di sana sudah seumpama keluarga eehehe :P… jadi, oleh kerna itulah, kami sekeluarga telah pergi ke Sri Manjung Perak pada pagi jumaat yang lepas.

sesampainye di sana, kami singgah menyinggah ke Lumut sebentar.. membeli sotong… ahahah.. sampai perak wajib kene beli sotong.. oleh sebab keadaan kewangan yang tidak mengizinkan, maka saya membeli bekalan yang terhad sahaja😛.. eheheh

sesudah merayap ke lumut, kami singgah menyinggah ke beberapa rumah kenalan… Disebabkan masa yang agak terhad, maka kami hanya menyinggah ke sesetengah rumah sahaja😛 ( tak cukup masa nk singgah semua weyhhh :P)… okay..

Berbalik kepada title saya…Saya pergi ke perak utk menghadiri 1 majlis perkahwinan sahaja… Akan tetapi, oleh kerana minggu ini adalah minggu cuti persekolahan, maka kebetulan pada hari yang sama, di kawasan perumahan yang sama sahaja sudah ade 7 majlis perkahwinan😛 ( tapi kami tak dijemputlah… ini just nk mengambarkan betapa banyaknya kenduri pada hari yang sama )..

okay… Majlis akad nikah berlansung pada pagi sabtu kira2 jam 10.30pagi di surau berdekatan… yang menariknye bila tunggu2 kat situ.. rupa2nya tok kadi dah panggil 3 pasangan pengantin yang berlainan pada waktu yang sama.. ( tok kadi pon penat weyh :P).. so dia sudah panggil 3 couple at the same time.. senang dia nk bagi ceramah before nikah tuh😛..

jadi, inilah pertama kali saya pergi ke majlis akad nikah yanga de 3 pasangan pengantin.. menarik ehehheh.. so amiklah gambar ketiga2 pasangan pengantin ini:

Pengantin baju putih ni yang actually saya pergi majlisnye😛.. gambar disebelah adalah 2 lagi pengantin perempuan yang lain.. seorang baju Kuning dan seorang lagik warna biru eheheh e:P


Ini adalah ketiga2 pasangan pengantin masa tengah dengar ceramah tok kadi eheheh :p

Acara batal air sembahyang pasangan pengantin sekalian😛

Tahniah buat Liza and pasangannnye Azhar ( rasanya btol lah tuh namanye :P)

Ouh…. as usual, bila gi kenduri anak2 kawan2 mak bapak nih…biasalah soklan standard yang akan di terima… “Bila kenduri?” .. Oleh kerana ku dh lali ngan soklan dr org2 ramai dan juga sedara mara, maka ku menjawab dengan tidak berperasaan😛 :”Tade calon.. so lambat lah lagik kenduri yer :P” ahahahahah

okay… cukup untuk entri kali nih ( yerr saya menulis dalam bahasa melayu lagik ahaks :P)….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: