uri ilgi

Stories I would like to share

Azreen dan 1001 kisah di Gunung Batu Putih – Hari Ketiga last dayyy hooo

on November 12, 2008


Isnin 27 Oktober – Hari Ketiga.. Perjalanan 2 hari utk naik di packkan jadi 1 hari utk turun…

Tido terjaga2… kaki sengal, lenguh dan segala…. carik2 air pillow ku…. rupanya si Ahad udah masuk teritorry bantal… elok je air pillow ku bawah kepala dia..Nak tarik, kesian plak… so ku biarkan aje… tido atas kain pelikat je lah jawabnya…..

Bangun tido, dengar bunyi potong memotong… ouh.. tuan punya dapur dh mula bekerja yerk… uhuk uhukkk… sian plak kat ieda masak sorang2… so ku mangun lah…

erkk.kaki sakit.. isk isk..smlm malas nk mangun g carik deep heat crean.. huhuhuh..
erkkk.. sejukknyaaaa…. ku menuju ke kawasan memasak dengan sleeping bag… wahaaa… dok kat dapur kaki berbalut sleeping bag….sojuk…

ouh kawasan dapur memang limited edition ..sbb ramai yang masih blom mangun tido…. ku gerak encik amy soh mangun . (kak ieda dh bape kali panggey dia.. dia tak mangun…)…mangun ngan muka menong :P…. lepas tuh masing2 pekerja dapur udah mangun… ramai lah crew membantu… menu hari ni (sambutan deepavali atas puncak); nasi goreng, cina, melayu, india… ehehhe… kenapa??? sebab warna2 berbeza ahahah ….sebenarnya menu nasik goreng tu untuk di tapau dalam perjalanan… menu pagi itu adalah roti nan cicah sardin…. cik salamiah mangun, terus wat air ehehehe..memang kontrak air yang bagusss..

Keadaan di Kawasan Dapur..

Selesai semua peserta makan, masing2 mula berkemas.. selesai berkemas, sessi bergambar2 pulak… macam aksi kat beirut ehehhe….


cuba teka warna asal seluarku??
ahahahha


Bergambar beramai2


Antara Ahli Geng Belakang
.

Selesai bergambar, semua pon bergerak lah turun….. Hooooo… Di siang hari , barulah jelas kelihatan trek2 yang di bajak di malam hari eheheh… Basah dan berlubang2 eheheheh…

Bila dah siang juga, barulah nampak lubang2 yang di lalui di malam hari dalam keadaan separuh merangkak heheheeh๐Ÿ˜›..

Padahal ade je jalan yang lebih senang di sebelah, bila dh malam, sudah terpilih salah arah sampai merangkak ahahahha…

pengalaman…..

Di awal perjalanan, masih sedikit gembira… sebab memikirkan sudah mahu pulang….

Tetapi, bila sudah berjalan turun da berjalan dan berjalan, kaki ku sudah mula rasa sakit… specifically, ibu jariku sudah mula rasa sakit…. huhuhuhu… pada awalnya masih menahan sakit… sambil menyanyi2… “kakiku sakit. lalalla.. kakiku tak sakit.. hohohoh..” macam2 lirik lah keluar sambil cuba menyedapkan hati sendiri yang perjalanan pulang akan lebih cepat dari perjalanan datang…

sampai satu tahap, kaki ku sudah mula rasa sangat pedihh…. howaaa….. masa nih masih cuba untuk tidak menunjukkan kesakitan… mata sudah mula berair… uhuk uhuk.. untuk mengelakkan orang lain tahu, ku pon jalan je lah….. tapi ntah.. automatik, kalo mata berair, hidung pon berair agaknya… so sudah mengeluarkan bunyi sob sob…. erkkkk… Tiba2, kak ieda yang berjalan belakang ku tanya… “Azreen nangis ke?”

Ku jawab sambil mengkaver…. “hmm tak”… pendek jawabku… hohoho

tapi, bila sudah tak dapat di tahan, ku berhenti jua.. untuk letak plaster di kaki… huuuu……. Mata masih belum berhenti berair.. alamak…… Bila berhenti, orang nampaklah mata berair… huuuuuuuuu…..….

pada awalnya, cuma ade beberapa orang sahaja, maka ku biarkan masing2 senyap..tapi bila pak sheikh dan troop belakang sampai… ku jadi gabraa… elok plak semua berhenti tunggu ku meletak plaster dan membalut jari… owaaa… “korang jalan lah dulu…. Seganlah korang semua keliling cengginih…”

“tammo jalan… semua nak tunggu jugak…”
“waaaa.. janganlah tunggu… seganlah orang tengok ku cengginih…..”

Masih tak mahu berganjak… huhuhuh.. last2 ku biarkan je semua orang tengok air mata mencurah2… howaa.. maluuunyee…. bukan nangis sebab ape… tahan sakit je… isk.. pantang plak bila ramai org depan mata… lagik tammo benti air kat mata… waaa…. (korang nih…..) Selesai membalut kedua ibu jari, ku meneruskan perjalanan dengan sandal kak ida… tak dapek ku nk pakai kasut lagik, sebab kasut mencucuk ibu jari ku….. bila dah pakai selipar, boleh lah jalan2 sedikit….

Jalan dan jalan.. jalan dan jalan… wah jauhnyeeee….bila nak sampai puncak tipu nih…. huhuhuhu.. perjalanan lepas sessi sebak agak senyap… ku tammo nyanyi2 dah sebab malu… uhhuhuhuh….jalan dan jalan lagik….akhirnya sampai jugak ke puncak tipu… di situ kami semua berhenti berehat, sambil makan bekalan nasik yang ade… hooo…. masih senyap…. (layan perasaan…).. lepas puncak tipu (ini bukan nama sebenar tempat ini… ku je yang panggil puncak tipu….), kami tibalah di kawasan batu besar sessi pemindahan semalam.. woooo… untuk turun dari batu besar itu jugak, masih cuak… huhuhuhuh…dengan bantuan encik hafez dan kak ieda, dapatlah ku turun… selepas kawasan batu besar, (berdekatan dengan puncak Batu Kak), aktiviti memanjat turun sudah bermula…(macam manalah ku panjat semalam…)..

sampai di satu kawasan yang bertangga kayu, (tangga buatan untuk membantu pemanjatan), di dapati ikatan kayu sudah agak longgar… huhuhuhu.. demi daku yang cuak nak turun, kawan2 kene pasang tali plak… huhuhuh… (maaaf lerr banyak bebenor nyusahkan orang nih…) Bila encik Amy memasang harness (erk.. betol ke namanya ??), sempat lagik pakcik tuh gelak… Ampehhh….. (bikin malu je muka ku… huhuhu)…

turun dan turun dan turun….bila kami tiba di simpang untuk turun ke kem balak, ku mengambil beg ku yang di tinggalkan di simpang semalaman….Pada masa ini, pak sheikh mintak ku dan adikku kosongkan beg, bawak barang ringan2 jek… barang2 kami, pak sheikh,tok gajah, amy dan baby bawakkan…. isk… (malu lagik…).. selesai memunggah, kami berjalan semula…Jalan turun dari simpang menuju ke pengkalan balak boleh di katakan agak bahagia, sebab jalannya adalah jalan menurun biasa… wahhh.. kalau tak tidur di gua azan, maka jalan ini lah yang kami lalui untuk naik puncak dari kem balak….Tiba2, cik salamiah yang berjalan belakangku berlari laju untuk turun… di ikuti TTM nye encik salam ..

Ku fikirkan mereka sudah mahu bergegas pulang.. yelah kan…nak balik melaka bukan dekat.. huhuhu.. Dari awal ku dah suruh si salamiah ngan salam jalan dulu… tapi taknak plak derang jalan dulu…lepas aksi orang belakang memecut, ku meneruskan perjalanan lagi… hohoho… Aboi jalan di depan ku… rajin plak si aboi ni berbual, ku layankan aje… tenang sket kepala bila trekking sambil berbual ahahha.. Kak ieda tegur..”Lega hati akak bila azreen dah bersuara nih” .. hohoh… orai seng semua tak senang hati ku senyap jek layan trek yerk? Perjalanan di teruskan.. Hati sedikit gembira sebab jalan rata menurun, takde lumpur dan batu eeheheh. Dalam perjalanan, hujan sudah mula turun rintik2… Masing2 tidak mengeluarkan baju hujan…Redah je lah…dan akhirnya kami tiba di water source… wahh.. sronoknye… Ku lihat cik salamiah dan salam pon ade di situ… lerr… naperlah korang tak turun lagik?? rupa2nya aksi memecut laju berlaku sebab ade “panggilan” eheheheh :P…Encik salam pulak, ade membawa periuk kelab jadi dia tak sampai hati nak meneruskan perjalanan turun.. ouhh.. kesian…

Masa tiba di water source, hujan sudah mula turun dengan lebat… kami meneruskan perjalanan ke kem balak 2 tak jauh dari situ… tiba di sana, hujan memang sudah turun mencurah2.. lebatttt..Adikku dah menggigil sejuk… “aik.. semlm atas puncak ko bising tak sejuk… ni kat bawah dah, hujan.. menggigil plak? ” .. Ku berikan poncho tebal untuk adikku… .. Kawan2 lain dah mula memasang “fly dan ground sheet”…selesai memasang, kami duduk beramai2, sambil memasak meehun segeraa…. wahaaa…. nikmat makan meehun panas di hari hujan…makan nasi kat puncak pon ku tak bertambah.. tapi makan meehun tomyam panas sangat syedap… heheheh

Selepas hujan berhenti, kira2 7.30/8 mlm, kami meneruskan perjalan…huhuhu… jauh lagik perjalanan ni… …malam, masing2 layang trek secara senyap… yang kedengaran, hanyalah suara cik nisa A.K.A cik salamiah, menyanyi kesorangan.. Trek sudah licin hasil basuhan hujan…. uhuhuhu… jalan dan jalan.. sesekali ku jatuh tergelincir… Gelakk…. Jalan dan jalan lagik…… bedebuk…. jatuh macam nangka busuk…. huhuhu.. masih gelak… sampai ke jatuhan yang keberapa, ku udah mula mental….Jalan sudah semakin perlahan… sebab risau nak jatuh lagik … teman2 kat belakang sudah rapat…. “waaaaaaa.. ku tensen bila ramai orang terpaksa menunggu ku….”.. Gedebuk lagik… kali ni takleh nak bangun.. sebab licin… maka sudah sapu trek….Kak ieda tegur, “azreen, jangan sapu trek, nanti kawan2 belakang licin”.. Mengakui kebenaran ayat, kak ieda, ku bangun.. cuba sedaya upaya untuk tidak menyapu trek… sampai satu tahap, jalan ala2 mencangkung pon ada… segala macam cara ku cuba untuk tidak menyapu trek….

jalan… masih terlalu perlahan… (howaaa… kenapa perlahan sangat ku jalan nih… Selalunye perjakanan turun ku, tidak pernah seperlahan ini… selalunye perjalanan turun yang ku ambil, mesti separuh dari masa ku naik.. tapi kenapa hari ni sangat perlahannnnnn??) licinnnnn…… gedebuk lagik…. ku duduk sebentar… ade suara dari belakang(bukan kak ida)….. “azreen, jangan sapu trek..” masa nih ku sudah mental… “sabarlah.. orang bukan saje nak sapu trek… orang terjatuh lah…”

mintak maaf kalau orang terambil hati… bukan niat nk marah orang, tapi dalam keadaan tertekan, ku tak boleh kalau orang menekan lagik… ku jadi marah….….
Tak lama lepas tuh, jalan dan jatuh lagik… Kali ni memang jatuh yang paling jauh, dah tergelincir, ku tertiarap, nasib baik sempat memaut tangan dekat batang kayu… uhuhuhuh.. elok2 berhenti, ku sudah bangun serta merta… kawan2 belakang, minta ku berhenti sekejap… rehat sebentar kata mereka…ku masih terasa hati dengan teguran awal tadi… maka terus bangun dan jalan lagik… “tammo berhenti.. nanti kawan2 lain lambat…
“… Jalan dan jalan… pendek kata memang malam tuh aku akan jatuh setiap beberapa langkah….dari mood, tensen, tukar jadi mood sedih… kemudian tukar kepada tensen semula dan tukar kepada mood marah pada diri sendiri…. huhuhuh.. kak ieda menegur lagik.. “azreen, cuba jangan marah2, banyak2 istighfar”…. huhuhuh malu kejap.. lepas tuh, ku senyap… istighfar dalam hati.. isk isk….tak lama lepas tuh, Amy sudah jalan di hadapan ku… Katanya, ikut tapak yang dia pijak… kalau susah, pijak kawasan tepi… hmm ku ikut…. masih berjalan perlahan.. tapi sudah kurang kejatuhannya…

jalan dan jalan, kami tiba di kawasan anak sungai…hujan yang turun sebelumnya, membuatkan sungai yang kecil, sudah melebar…Guide kami, pak sheikh, minta kawan2 lain, naik ke bukit dulu…arghh… ikat tali lagik…. (masa ini ku sudah merasakan diri sebagai beban kepada kawan2….)..Memanjat lah aku dengan bantuan tali dan rakan2..Janganlah kawan2 semua serik nak teman ku naik gunung lagik… Kalau semua orang serik, maka lamalah lagik baru u akan naik gunung lagik… uhuk uhuk…sampai di bahagian atas sedikit,kami duduk berehat sementara, pak sheikh, tok gajah, amy dan rakan2 lain mencari trek yang betul untuk pulang… Air hujan yang memenuhi jalan menyukarkan usaha mencarik trek…lama juga kami menunggu, agak2 ade dalam sejam agaknya.. ntah… ku pon dah tak pasti… Lama menanti, akhirnya guide mengambil keputusan untuk turun ke bawah kembali…..

huk huk… turun dengan tali lagik…. huk huk…sudah turun, ku menanti rakan2 lain di atas trek berair… uuuu.. sedapnya cuci2 kaki, basuh2 muka dengan air sejukk…… selesai semua turun dari atas, mulalah aktiviti cuak di malam hari…. kami menyusur tebing sempit berukuran 2 tapak kaki agaknya…tali di ikat, kami berjalan di bahagian dalam tali… “rapatkan badan ke dinding…” pesan amy.. ku anggukkan aje.. wahhaa… cuakk….jalan lagik…huuu… lepas satu bahagian yang mencuakkan…Amy masih jalan di depan ku…. ok… azreen tengok mana saya jalan…. ku angguk je… dia pon jalan.. tiba2, dia pulak tergelincir….

ku dengan kak ieda di belakang ku sudah cuak… “ehhh Amyyyy…”.. amy tergelincir, gaung di tepi, tangan dia berpaut di dahan pokok..dia cuba memanjat, tapi sebab beg berat, tergelincir semula. ahhhh…..cemass dan cuakk..kak ieda panggil tok gajah di belakang.. aboi di depan amy, mula mengambil beg amy, … suasana memang tak dapat nak di gambarkan….

Lega bila akhirnya amy dah selamat naik… lepas dari kejadian itu, tok gajah menunggu di kawasan tebing untuk membantu rakan2 lain melepasi kawasan tersebut… wahaa….takut…Lepas dari kawasan itu, kami menyusuri tebing2.. tapi kali ni trek sedikit luas… tapi masih agak sempit.. maka semua berhati2…

jalan dan jalan.. akhirnya kami tiba di kawasan jambatan buloh gantung.. wahaa…. air sungai di bawah, deras bunyinye….semua peserta melintas berhati2.. tapi di pasang untuk berpaut… kali ni ku jalan mengiring mengikut langkah pak sheikh…. fuuhhh… lega…. lepas dari jembatan gantung, trek sudah sedikit lega…

jalan dan jalan dan jalannn….dan akhirnyaa…. tibalah kami di starting point… wahaaaaaaa….. Ku mula trekking pada jam 10 pagi, dan tiba semula di starting point pada jam 6 pagi hari berikutnya…. Rekod on ttrack paling lama…hampir 20 jam di atas trek….sampai di sana, rupa2nya, masih ade kawan2 yang menanti….. waaaaaaaaaaaa……kenapa korang tunggu???? kesiannya, masing2 risau memikirkan kenapa kami tidak sampai….

rupa2nya, semua menunggu sampai kira2 jam 3, selepas jam 3, ade yang terpaksa pulang sebab esoknye masing2 bekerja… alahaiii…. maaf kawan2… terpaksa menunggu…..sedih rasanya….terima kasih semua yang menungggu… yang menunggu dan terpaksa balik pon.. terima kasih juga….yang menunggu sampai pagi… terima kasihhhhh.. terima kasih… yang menunggu di belakang ku…. berjalan sampai 20 jam…. pak sheikh,adikku, aboi,kak ieda,amy,baby,pojie,Adri,Nisa,Salam dan Tok Gajah.. terima kasih… terima kasihhh yang tak terhingga… memang trip kali ni pengalaman senandung malam to the max….

Selesai berehat, masing2 membersihkan diri, dan mandi manda.. Kira2 jam 8 pagi agaknya, kami bergerak untuk sarapan pagi di RnR Tapah…Selesai makan, masing2 pulang menuju destinasi masing2…Ku menuju ke USJ untuk menghantar kak ieda…Kononnye ku yang akan memandu pulang.. tapi selepassetengah jam perjalanan, ku rasakan jalan seperti berbalam2… huukkkk… mengantuukkk…ku minta adikku drive pula…tiba di usj, barulah ku memandu pulang…sampai rumah, pengsan semuanyaa….

Pengalaman trip ke Gunung Batu Putih :

Kalau orang tanya… serik ke panjat gunung nih??
Tidak…. ntah… walaupun rasanya inilah gunung paling teruk pernah ku daki,,, tapi tak tahu kenapa, ku gembira di gunung ni…. cuma rasa bersalah kat kawan2 sangat lah tinggiii…

Pengalaman kali ni?
Masa mendaki kita belajar mempercayai kawan2 kita… kite belajar menghargai kawan2… kite belajar erti setia kawan… wahaa.. terharu sangattt…..

masa yang di ambil untul trekking kali ni paling panjang….
hari pertama : kira2 12 jam…. (pertama kalinya masa trekking 2 kali ganda dari geng depan…)
Hari kedua : kira2 10 jam…
Haria ketiga : kira2 20 jam…. (ini pertama kali merasa berada on track hampir sehari suntukk)

Azam???
Mahu cuba lagi gunung2 seumpamanya… tapi kalau boleh, biarlah fizikal dan mental lebih mantap supaya tak menyusahkan kawan2… huhuhuh


7 responses to “Azreen dan 1001 kisah di Gunung Batu Putih – Hari Ketiga last dayyy hooo

  1. zainuddin bin zan says:

    Tahniah kerana berjaya menawan puncak gunung batu putih

  2. zainuddin bin zan says:

    tak banyak perubahan yang berlaku di atas sana… saya ke sana pada tahun 1997, masih ingat lagi walaupun dah bebelas tahun.. lama nye
    fizikal, mental dan semangat setia kawan perlu di dalam setiap pendakian

  3. tq.. it was a lonngggg time ago… hehehe

  4. betul tu… tanpa salah satu, agak mustahil nk mendaki tinggi :)… tapi saya pon dh lama tk mendaki,..huhu.. terasa rindu pulak

  5. zainuddin bin zan says:

    selamat tahun baru mudahan…. ada trip mendaki untuk tahun 2013, arigato

  6. ๐Ÿ™‚.. selamat tahun baru.. buat masa ni belum ada plan utk mendaki lagik hehe๐Ÿ™‚

  7. zainuddin bin zan says:

    selamat tahun baru… 2014.. dah setahun lebih berlalu… gunung mana yang telah anda tawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: