uri ilgi

Stories I would like to share

Gunung Tapis- Air Terjun Pelangi – 010509-030509

on May 5, 2009

Herm… kira kira kira, oohh rupanya ni gunung yg ke 7 dah ku daki eheheh… tak banyak.. tak jugak sikit.. ok aaa untuk beginner (i guess :p)… eheeh… ermmm.. overall comment : puas hati ngan trip kali nih.. line up best, timing best pendek kata puas hati ehhehe.. paling puas hati sbb tak finish up as last person anymore this time🙂.. nak kata laju tu idak lah.. but managed to keep on moving with less take 5 :)… puas hati sangat… at least some work has shown some results..tapiiiiiiii… there are still a lot more work for me to do…track kali ni tak susah sangat, just panjanngggggggg….. anyway here how was the journey..(bahasa melayu yang tak berapa baku akan di gunakan😛 ahhaha)

——————————————————–

Khamis – 30 April 2009

Kira2 10-11 malam, semua peserta berkumpul di restoran YZ. Seramai 22 org peserta, 7 daripadanya adalah peserta perempuan ehehhe😀..kira2 11.30 kami bergerak ke Sg Lembing .. Singgah rehat seketika di RnR.. kemudian bergerak ke sungai lembing.. Tiba kira2 jam 4 pagi (ku agaklah kan.. sebab ku tak tengok jam).. ade peserta yg tido di dalam kereta, ade yang rajin pergi mendaki bukit panorama untuk menyaksikan matahari terbit… ku pilih untuk tidor .. penat.. bersedia utk mendaki keesokannye😀..

Jumaat– 1 Mei 2009

Kami solat subuh dan bersiap2 di masjid Jamek Sg Lembing. Dalam hati terdetik, Sungai Lembing ni macam satu pekan lama yang tak berubah ehhehe.. Papan tanda, masih banyak papan tanda yg lama2.. macam pulang ke zaman lampau pulak rasanya hehehe..selesai bersiap2, kami bersarapan di kedai berdekatan. kemudian menunggu lori dan 4wd untuk bergerak ke starting point..gunung-tapis-air-terjun-pelangi-007

Perjalanan dengan lori mengambil masa kira2 45 minit .Tiba di starting point, kami membuat senaman ringan dan perjalanan di mulakan dengan menyeberangi sungai…perjalan selepas sungai agak landai.. boleh dikatakan kebanyakannya adalah tanah rata.. kalau dulu ku pernah cakap jalan jauh2 kalo landai tak penat, tapi selepas berjalan selama kira-kira 4 jam di atas tanah rata, di bawah panas terik, oh oh…. ku tarik balik kata2ku.. ehhehe rupa2nya penat jugak berjalan walaupun tanah rata eheh..

Tiba di Kem 2, kami berehat, makan tengahari, solat dan kemudian bergerak ke kem 3.. perjalanan ke kem 3 tidak selandai seperti perjalanan dr kem 1 ke kem 2..tapi, perjalanan tak jugak sepacak perjalanan ke puncak.. kira2 perjalanan ke kem 3, boleh dikatakan separa pacak (cerun :p).. Jalan lah… layankan aje track.. jalan dan jalan.. berhenti seketika untuk menarik nafas.. dan jalan lagik.. kami tiba ke kem 3 kira-kira jam 5.30 ptg.. wahhh gembira sampai awal ke kem sait.. Ke tujuh2 peserta perempuan sudah tiba lebih awal… yeayy.. selesai berkemas, menyiapkan khemah, makan malam dan sessi suai kenal, kami semua tidur awal.. kira jam 10 malam kami dh masuk khemah.. sebab pelan asal adalah untk memulakan perjalanan ke puncak seawal jam 2 pagi…

Sabtu – 2 Mei 2009

Jam 1 pagi.. “mana abg deeno nih? kata nak gerak semua jam 1 pagi, nk gerak trekking seawal 2 pagi” hehehe..ooouuhhh… hujann… angin kuat.. bertempiaran kami rakan sekhemah kuar menyelamatkan baju2 dan kasut heehhe😛.. memandangkan pak prezz tak menejutkan kami, kami masing2 sambung tidor.. terjaga lagi jam 5 pagi.. hermm tade panggilan lagi, tidur semula😛.. 6.30 pagi..”bangun bangun”😛.. maka bangun lah kami bersiap2 untuk perjalanan ke puncak guung tapis…. perjalanan di jangka mengambil masa 5 jam.. kami memulakan perjalanan kira2 jam 7.30 pagi…

Kumpulan pertama tiba di puncak kira2 10.15(rasa2nya).. ku tiba di puncak bersama beberapa rakan lain kira2 jam 11.30 eheheh.. beza tuh😛
gunung-tapis-air-terjun-pelangi-046peserta terakhir tiba lebey kurang jam 1 (rasa2nya lah).. selepas semua tiba di puncak, sessi bergambar bermula..gunung-tapis-air-terjun-pelangi-090

Selesai bergambar, kami turun semula ke kem 3.. sebelum tu, kami singgah ke puncak bonsai… wahaa.. memang cantik.. berjalan di kawasan yg di kelilingi bonsai2… pengalaman pertama kali bagi ku heheh… :D… gembiranyaa..

gunung-tapis-air-terjun-pelangi-117

Puas melayan pemandangan di puncak bonsai, kami mula bergerak ke kem 3, tiba di kem 3, makan tghari, solat, berendam seketika berkemas2 dan bersiap untuk ke kem 2 dan1.. wahaa.. mmg “OT” di jamin malam ni.. memandangkan menyedari pergerakan diri yang tak berapa nk laju, maka ku, nisa dan yann memulakan perjalanan kami lebih awal dari kawan2 yg lain.. Lebey kurang jam 5.30 (kot) kami mula berjalan ke kem 2..tiba di kem 2 elok2 sebelum hari gelap… jam 7.30 ehehhe😛.. kawan2 yg sudah tiba, sudah sibuk menyiapkan makan malam..

selesai makan malam, kami mula berjalan ke kem 1…perjalanan di jangka lebey kurang 4 jam.. oh berjalanlah kami di dalam gelap… jalan jalan.. separuh perjalanan, hujan turunn.. Lebatt.. maka kami berjalan dalam gelap dan basah hehehe.. ku berjalan mengejar pak mat.. isk isk.. laju nye pak guide nih.. jalan jalan…. sekali skala yann memanggil dari belakang, jauh dah dia kene tinggal.. kesian.. ku berhenti kejap.. menunggu yann, pusing ke depan, pak mat menunggu plak ehhehe.. begitulah perjalanan sampai lah kami tiba di kem satu lebey kurang jam 2 kot hehehe… wahaaaaaaaaa… tiba akhirnya…sempat kami berendam di dalam gelap eheheh…

Ahad – 3 Mei 2009

Jam 7, bangun, bersiap untuk ke air terjun pelangi. kami di beritahu, kami akan menaiki lori sampai ke starting point, kemudian trekking kira2 1 jam.. ouh. ku dengar 1 jam.. sudah macam “erk.. kene trekking lagi ke?” hermm.. layankan aje..

tiba di starting point air terjun pelangi, kami pon berjalan lah.. erkk.. jalan2.. ingat dh jalan lama, terus sampai, oh rupa2nya tertipu lagik :P… seberang sungai, masuk trek hutan, lalu trek batu, masuk trek hutan semula, panjat2 batu dan panjat lagik… wahhh baru sampaiiii….

huhuhuhu… nasib lah baik air terjun cantik eheheh… sampai2, ade kawan2 yg dh memanjat air terjun, melihat pelangi di balik batu😛.. ku malas nk panjat.. so melayan air sejuk… selesai mandi manda, makan tengahari, trek pulang… naik lori, kemudian naik kereta… ehehe.. kami berhenti di RnR Gambang, mandi membersihkan diri, makan malam dan sessi penutup. Masing2 bergerak pulang kira2 jam 8 malam..

p/s : oohh penat.. 3 hari bertrekking eheh bila nk cuba trek lebey dr 3 hari pulak? :p

p/s lagik : terima kasih kepada semua ajk ogkl, kawan2 ogkl .. terima kasih semua😉.. trip kali ni mmg besh..

lagik : Gambo creditd to abg Amir😉


8 responses to “Gunung Tapis- Air Terjun Pelangi – 010509-030509

  1. aBoi the tongue sticker says:

    bile wa tak pegi, sumer citer best la itu la ini la…

    fineeeee….
    😛

  2. encik tongue sticker.. nk wat canner.. dh mmg besh pon😛 ahahah… rugilah anda ehhehehe (ayat keji :p)

    tape.. anda leh ajak org lain g melawat nnt😛

  3. aBoi the tongue sticker says:

    mmmm…i wonder who
    😛

  4. me donno.. you guess :p.. cos i said ajak orang lain😛.. so can be anyone😛.. ehehe

  5. aBoi the tongue sticker says:

    must be kak ieda then…wakakakakakak
    😛

  6. hahahah :p.. you may say so if you say so😛..

    lalalalalaa

  7. Thaqip says:

    Trek dia bnyaj simpang or single trek?

  8. dah lama benor trip nya pon.. x ingat dah.. ehhehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: